SELAMAT DATANG KE PROGRAM PRITECH 4.0

MANFAATKAN INOVASI & TEKNOLOGI
UNTUK MASA DEPAN


PROGRAM SOKONGAN BAGI IKS BUMIPUTERA

DALAM SEKTOR PERKILANGAN DAN INDUSTRI
YANG BERKAITAN PERKILANGAN


SATU PROGRAM YANG INKLUSIF

MERANGKUMI PENERAPAN TEKNOLOGI, PEMANTAUAN PRESTASI, KHIDMAT NASIHAT DARI PAKAR INDUSTRI DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN


Mohon sekarang
Maklumat Program

Objektif Program PRITECH 4.0

PROGRAM INTERVENSI PENERAPAN TEKNOLOGI 4.0 (PRITECH 4.0) ialah satu inisiatif yang telah dibangunkan untuk melindungi komponen IKS Bumiputera di dalam sektor perkilangan daripada kesan pandemik COVID-19. Program ini dirangka bagi membantu pertumbuhan perniagaan dengan aplikasi teknologi digital serta menjadi proses penerapan teknologi IR 4.0 dengan lebih pantas dan berstruktur.

PRITECH 4.0 juga dilaksanakan secara komprehensif melibatkan komponen-komponen utama seperti khidmat penilaian kesediaan, penyediaan teknologi, khidmat latihan, khidmat nasihat daripada perunding professional serta khidmat pemantauan KPI.




Apa itu OEE?

Apa Itu Sistem OEE

OEE (Overall Equipment Effectiveness) ini merupakan satu sistem pengukuran (international gold standard measurement method) yang berfungsi untuk mengetahui keberkesanan penggunaan dan manfaat mesin, peralatan, tenaga kerja, masa produksi, serta bahan mentah dalam sesebuah operasi pengeluaran produk.

Skor OEE 100% memberi maksud hasil produksi adalah 100% tiada kerosakan, 100% sepertimana masa produksi yang ditetapkan dan 100% masa penggunaan mesin pembuatan.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari halaman sistem Laman Sesawang VSYSOEE

Faedah Program

Faedah Program PRITECH 4.0


APPLIKASI TEKNOLOGI

Penyediaan dan pemasangan sistem OEE di bahagian produksi secara PERCUMA.

Pertumbuhan & Penyelidikan

Data yang dikumpul boleh digunakan bagi perancangan pertumbuhan perniagaan dan penyelidikan syarikat.

Visualisasikan prestasi

Data prestasi produksi akan dipaparkan secara visual dan real time bagi memudahkan pemahaman dan proses intervensi.

Memaksimumkan produktiviti tenaga kerja

Sistem OEE akan mengenal pasti permasalahan produksi melalui data yang di ambil daripada mesin yang terlibat. Ia akan memberi peluang penambahbaikan secara pantas dan tepat.

SUDUT PENILAIAN YANG LUAS

Program PRITECH 4.0 bukan sahaja membuat penilaian melalui kecekapan mesin produksi dan produktiviti pekerja. Ia juga akan menilai melalui sistem pengurusan tenaga kerja (Operational Excellence) dan sistem penguran pengilangan yang optimum (Lean Manufacturing Methodology)

Data masa nyata

Solusi teknologi yang lengkap dengan web & aplikasi mudah alih, boleh diakses di mana-mana sahaja & pada bila-bila masa.

Berdaya saing

Program ini dirangka bagi meningkatkan daya saing syarikat PKS Bumiputera yang terlibat di dalam industri masing-masing.

PENGURUSAN KOS EFEKTIF

Sistem OEE akan mengenal pasti ketirisan melalui ketidakcekapan mesin produksi, pembaziran barangan asas untuk produksi dan memaksimakan produktiviti pekerja.

PEMBERITAHUAN SEGERA

Sistem yang dipasang akan dilengkapi dengan Support Call System. Sistem ini bagi membantu pengurusan downtime dan small stops sistem produksi dengan lebih efisien.

Syarat Kelayakan

Keperluan Minima



The Atmosphere

Warganegara Malaysia

Pemohon adalah warganegara Malaysia yang menjalankan perniagaan di negara ini.
Wavelength Structure

Syarikat PKS

Kriteria SME Corp bagi syarikat PKS di dalam kategori Perkilangan dan Perkhidmatan Berkaitan Perkilangan
Greenhouse Garden

Lesen Perniagaan yang Sah

Pemohon mempunyai lesen perniagaan yang sah atau permit atau pendaftaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Malaysia.

The Atmosphere

Syarikat Bumiputera

Kriteria SME Corp bagi syarikat PKS di dalam kategori Bumiputera
Wavelength Structure

Teknologi IR 4.0 Sedia

Kesediaan asas IR 4.0 adalah satu kemestian untuk memohon program ini
Greenhouse Garden

Kesediaan Eksport

Program ini mengutamakan syarikat yang mempunyai kesediaan bagi pasaran eksport yang termasuk dalam sektor Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama (KEGA).



Ringkasan Program

Ringkasan Program

Blog Single




Hubungi Kami

Hubungi Kami!

Unit Peneraju Agenda Bumiputera Surian Tower, No 1, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor


MARA Aerospace & Technologies Level 9 Wisma Bumi Raya 10, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur


Unit Peneraju Agenda Bumiputera Pejabat: +603-7839 8000




MARA Aerospace & Technologies Pejabat: +603-7731 1881



Pertanyaan Umum: enquiries@maerotech.com.my




Technology related Enquiries: technical@maerotech.com.my



Soalan Lazim

Soalan Lazim

1. Apakah Program Intervensi Penerapan Teknologi TERAJU (PRITECH 4.0)?
PROGRAM INTERVENSI PENERAPAN TEKNOLOGI 4.0 (PRITECH 4.0) ialah satu inisiatif yang telah dibangunkan untuk melindungi komponen IKS Bumiputera di dalam sektor pengilangan daripada kesan pandemik COVID-19. Program ini dirangka bagi membantu pertumbuhan perniagaan dengan applikasi teknologi digital serta menjadi proses adoptasi teknologi IR 4.0 dengan lebih pantas dan berstruktur.
PRITECH 4.0 juga dilaksanakan secara komprehensif melibat komponen-komponen utama seperti khidmat penilaian kesedian, penyediaan teknologi, khidmat latihan, khidmat nasihat daripada konsultan profesional dan khidmat pemantauan KPI.
2. Apakah faedah program ini kepada Syarikat Penerima?
Anda boleh rujuk senarai lengkap faedah yang terdapat di laman sesawang PRITECH 4.0 untuk mengetahui lebih lanjut tentang manfaat PRITECH 4.0.
3. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan dalam program ini?
Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  i.   Audit Kejuruteraan
  ●   Penilaian teknikal kepada Syarikat Penerima.
  ●   Menilai kesediaan Syarikat Penerima bagi
  pelaksanaan Sistem OEE.
  ●   Audit untuk mendapatkan metrik asas Syarikat Penerima bagi
  perbandingan antara prestasi semasa dan selepas pelaksanaan Pritech 4.0.

  ii.   Aplikasi Teknologi & Pemasangan Sistem
  ●   Pemasangangan peralatan pemantauan pada 1 unit laluan produksi.
  ●   Data daripada mesin pembuatan akan dihantar kepada sistem VSys
  OEE melalui Cloud System.
  ●   Aktiviti System Integration dilaksanakan bagi memastikan peralatan
  pemantauan dan mesin pembuatan dapat berkomunikasi dengan baik.

  iii.   Latihan Sistem Vsys OEE
  ●   Latihan penggunaan sistem OEE selepas proses pemasangan
  teknologi selesai.
  ●   Latihan penggunaan sistem pengurusan melalui applikasi mudah
  alih

  iv.   Pemantauan
  ●   Pemantauan metrik produktiviti berdasarkan Kaizen TPS
  dilaksanakan selama 12 bulan selepas proses pemasangan teknologi selesai.

  v.   Khidmat Nasihat Profesional
  ●   Khidmat nasihat dari pakar professional (OEE, Operational Excellence
  dan Lean Manufacturing) setiap 3 bulan.
  dipantau.
  ●   Laporan analisa daripada pakar professional akan dikeluarkan bagi
  mengenalpasti jurang untuk proses penambahbaikan.

  vi.   Latihan Peningkatan Kemahiran
  ●   Khidmat latihan kepada Syarikat Penerima bagi meningkatkan
  kepakaran dalaman

4. Berapa lamakah tempoh perkhidmatan program ini?
Program pemantauan, latihan dan khidmat nasihat pakar industri selama 12 bulan selepas proses pemasangan teknologi selesai.
5. Bagaimanakah saya tahu bahawa syarikat saya layak untuk program ini?
Syarikat yang memenuhi kriteria PKS dan Bumiputera dibawah SME Corp, adalah layak menyertai dan mendaftar untuk program ini.
6. Berapakah bilangan syarikat yang akan dipilih untuk program ini?
Sebanyak 30 syarikat akan dipilih pada akhir proses pemilihan.
7. Saluran manakah yang harus saya hubungi jika saya menghadapi masalah berkaitan dengan aplikasi program?
Anda boleh merujuk menu ‘Hubungi Kami’ dilaman sesawang PRITECH 4.0 untuk berhubungan dengan kami.